Pada Dendam dan Amarah, Ubatnya adalah Kemaafan
Tidak seorangpun, dengan akal warasnya, ingin hidup dalam keadaan hatinya merasa pedih, keliru, dan buntu akibat pelbagai masalah dan cabaran dalam hidupnya.
Namun, tanpa kita sedari, keputusan dan kelakuan kita ketika menghadapi konflik seringkali membawa kita lebih dekat kepada tekanan minda dan jiwa dikeranakan kejahilan dan ketidakmatangan.
Ketahuilah, perasaan dendam dan amarah terhadap orang lain adalah salah satu penyebab hal ini terjadi pada diri. Perasaan buruk ini memaksa akal kita untuk berfikir cetek sehinggakan diri hanya mampu memikirkan jalan untuk membalas dendam atau mencari-cari keburukan orang atau melihat kebaikan orang sebagai hal yang buruk dan palsu.
Mempelajari cara melepaskan dendam dan marah melalui kemaafaan, pada hakikatnya adalah ubat yang diperlukan setiap orang demi mendapatkan hidup yang bahagia dan tenang. Sikap ini juga adalah bukti kepintaran dan kematangan.
Comments
Post a Comment