Sikap Mementingkan Diri adalah Awal Mula Prasangka Buruk
Ada orang terlalu menginginkan perhatian, pujian, dan pengutamaan buat dirinya dari orang lain sehingga dirinya tidak bisa menghargai orang lain kerana tanpa disedarinya, dia ternyata ialah seorang yang mementingkan diri.
Sifat ini memerangkap akal dan hatinya dari berfikir di luar konteks selain dirinya.
Dia meyakini dirinya seorang yang toleran dan selalu berbuat baik kepada orang lain walaupun hakikatnya kebaikannya hanya sedikit berbanding keburukan yang dilakukannya kepada orang.
Ini kerana dia hanya mampu melihat kebaikannya tapi tidak keburukannya dan melihat keburukan orang lain tapi tidak kebaikan mereka.
Hal ini berlaku di bawah sedarnya.
Apabila dia tidak mendapat perhatian yang diinginkannya maka dia mencari salah orang, dia keliru dalam nenangani keresahan hatinya, dan takut serta malu berhadapan orang lain kerana dia merasa dirinya seorang yang hebat dan mempunyai kelebihan, maka tidak patut dilihat orang lain sebagai seorang yang lemah dan bersalah.
Hal ini membuat dia takut akan penilaian orang lain yang seterusnya akan membuat dirinya berfikir hal yang bukan-bukan.
Namun, tidak disedarinya dialah yang sibuk menghukum, menilai, dan memandang buruk orang lain secara sembunyi dalam hatinya.
Apabila dia berbuat kesilapan, maka dia yakin dia tidak disuka orang, dibenci orang, lalu dia mulai mencemburi orang lain.
Akhirnya dia membenci orang dan tidak suka pada orang di sekelilingnya.
Inilah penyakit hati yang terhasil dari sifat kemanjaan kerana terbiasa bergantung kepada orang lain dan saat realiti datang dengan pelbagai masalah, maka kemampuan orang ini untuk menyelesaikan masalah itu hampir tidak ada sama sekali.
Belajarlah memiliki sifat-sifat ini di dalam diri iaitu sifat qonaah, syukur, redha, dan tawadhu kerana sifat-sifat ini melepaskan seseorang dari sifat mementingkan diri sendiri.
Belajarlah memiliki sifat-sifat ini di dalam diri iaitu sifat qonaah, syukur, redha, dan tawadhu kerana sifat-sifat ini melepaskan seseorang dari sifat mementingkan diri sendiri.
Comments
Post a Comment