Gembira adalah makanan Nafsu Syahwat

Kurangkanlah bergembira dan bersenang-senang kerana hal ini akan membuahkan kelalaian, kesombongan, dan menambah kebodohan. Sudah menjadi sifat manusia apabila dirinya merasa senang maka ia terlupa beberapa hal;

1. Masalah-masalahnya sedangkan setiap insan pasti akan mempunyai masalah.
2. Keburukan-keburukan dirinya.
3. Dosa-dosa yang pernah dilakukannya.
4. Kewajiban-kewajibannya terhadap diri, orang lain, agama, dan Rabb.
5. Fitnah hasutan iblis dan syaitan yang tidak pernah berehat.
6. Ilmu-ilmu agama yang pernah ia pelajari.

Fahamilah, bergembira berlebih-lebih adalah pintu hasutan syaitan meskipun gembira dalam hal-hal yang baik. Tahanlah rasa senang sehingga diri dapat membezakan batasnya.

Berkata seorang Wali:

“Janganlah berteman dengan orang yang tertawa, sebaliknya bertemanlah dengan orang yang sedang menangis. Janganlah berteman dengan orang yang kaya, sebaliknya bertemanlah dengan orang yang miskin.”

Syukurilah nikmat yang telah diberiNya namun kembalikanlah hakikat senang itu kepadaNya. Hakikatnya, kesenangan itu adalah apabila saat nafas terakhir, diri tergolong dalam ahli Syahadah.

Comments

Popular Posts