Man Jadda Wa Jadda


Janganlah memikirkan nasib buruk dan tidak baik yang terjadi pada dirimu sebagai balasan dariNya atas segala kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan. Hakikatnya diri tidak akan tahu hukuman dan rahmatNya kerana itu adalah rahsiaNya. Jika tersalah memahami maka akan bersangka buruk kepadaNya.

Namun, fahamilah bahawa keburukan itu terjadi kerana diri sendiri yang menuju ke arahnya. Timbunan-timbunan kesalahan lampau akhirnya menjadi pelbagai masalah dalam kehidupan. Jika mencari kesalahan lampau namun tidak ketemu, maka fahamilah masalah itu adalah sebagai ujian. Maka tunduklah dengan akur dan redhailah keadaan itu. Hanya dengan meredhai takdirNya barulah akan bertemu jalan keluar dariNya.

Comments

Popular Posts