Ubat Ketamakan adalah Kesyukuran
Bahawa setiap orang mendapat rezeki yang sama adil dari-Nya yakni, adil, sesuai keperluan dan keadaan diri.
Bahawa setiap Muslim mendapat rezeki dan rahmatNya yang amatlah luas dan besar.
Namun hanya segelintir yang dapat mengenal hakikat ini.
Adalah nafsu itu menginginkan perkara yang tidak dimiliki diri lalu apabila sudah didapati, malah menginginkan benda lain pula, dan sikap ini membuat diri tidak mahu melihat nikmat yang diberikan.
Fahami bahawa inilah sifat tamak yang membuat diri tidak akan mahu bersyukur.
Fahami, tanpa syukur maka tertutuplah hubungan antara hamba dan Rabb dalam konteks mengenalNya.
Fahami, sifat tamak itu menghapus nikmat, menghilangkan ketenangan hati, dan menambah masalah dalam hidup hasil dari kegundahan jiwa dan kebodohan akal.
Maka, jalanilah rasa bersyukur kerana dengan itu akan terbuka hakikat rezeki dan bertambah pula rezeki.
Hanya apabila memilih untuk bersyukur melalui keyakinan dan makrifah padaNya, maka barulah akan terlihat indahnya segala macam pemberianNya.
Sungguh rasa indah itu tidak dapat dijelaskan melainkan merasa sendiri dengan menjalaninya.
Comments
Post a Comment